Description
Deskripsi Produk:
Kanak-kanak akan berasa seronok membaca cerita mengenai seekor itik yang hodoh ini. Dari saat anak itik itu menetas, anak itik itu dilayan secara kasar and digelar hodoh. Anak itik itu melarikan diri dan cuba mencari teman baru serta tempat baru untuk tinggal. Ke mana sahaja anak itik iu pergi, anak itik itu dipinggirkan. Akhirnya, sehabis musim sejuk, anak itik itu bertukar menjadi burung yang kacak. Anak itik itu menemukan rahsia tentang dirinya dan akhirnya, anak itik itu hidup dengan bahagia.
Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku memperkenalkan beberapa cerita dongeng terkenal dunia kepada pembaca muda. Setiap cerita telah ditulis dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah. Perkataan-perkataan pula dipilih dengan teliti agar kanak-kanak dapat memperkayakan kosa kata mereka. Teks dicetak dalam saiz yang besar bagi memudahkan pembacaan. Ilustrasi menarik dan penuh warna turut disertakan bagi merangsang imaginasi. Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku sesuai untuk kegunaan di rumah dan di sekolah.
Spesifikasi:
Bahasa: Bahasa Malaysia
Jenis kulit buku: Lembut
Saiz buku: 330mm (L) x 460mm (T)
[13” (L) x 18” (T)]
Bilangan muka surat: 16
Berwarna
Jilidan pin
ISBN: 978-967-317-421-8
Reviews
There are no reviews yet.