Description
Deskripsi Produk:
Buku Koleksi Kisah dari al-Quran ini ialah kompilasi cerita-cerita yang boleh didapati di dalam al-Quran. Buku ini mengandungi 24 buah cerita yang telah disusun khas untuk kanak-kanak sebagai satu cara untuk memperkenalkan cerita-cerita al-Quran kepada mereka. Setiap cerita diselitkan dengan nilai-nilai Islam dan pengajaran yang dapat membantu dalam membina perwatakan dan peribadi mulia kanak-kanak sebagai seorang Islam.
Kesemua cerita ditulis dalam bahasa yang mudah untuk pemahaman kanak-kanak. Setiap cerita disertakan dengan ilustrasi berwarna yang menarik untuk menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan.
Sebagai tambahan, soalan-soalan pemahaman juga disertakan di bahagian akhir buku ini. Soalan-soalan ini berguna untuk perbincangan mengenai sesuatu cerita dengan lebih lanjut atau menguji pemahaman kanak-kanak selepas setiap bacaan.
Buku Koleksi Kisah dari al-Quran ini sesuai digunakan di rumah dan juga di sekolah.
Spesifikasi:
Bahasa: Bahasa Malaysia
Jenis kulit buku: Lembut
Saiz buku: 184mm (L) x 260mm (T)
[7 ¼” (L) x 10 ¼” (T)]
Bilangan muka surat: 56
Berwarna
Jilidan sempurna dengan tulang belakang
ISBN: 978-967-396-165-8
Reviews
There are no reviews yet.