LEGENDA MAHSURI

Category:

Description

 

Deskripsi Produk:

Pembaca dari segenap lapisan umur akan dapat menghayati kisah Mahsuri, salah satu legenda Malaysia yang paling popular. Mahsuri yang cantik bersikap baik terhadap semua orang. Dia berkahwin dengan adik ketua kampung tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama. Ketua kampung dilanda rasa dengki yang amat mendalam terhadap Mahsuri. Setelah suami Mahsuri pergi berperang, Mahsuri dituduh berlaku curang dan dihukum bunuh. Sebelum dia menghembus nafas terakhir, dia menyumpah penduduk kampung yang jahat itu.

 

Siri bacaan pra-sekolah Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini memperkenalkan cerita-cerita dongeng Malaysia yang popular agar kanak-kanak dapat memupuk minat membaca serta mempertingkatkan perbendaharaan kata. Suku kata juga diberi sebagai panduan untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. Cerita-cerita ini juga menyampaikan pengajaran yang dapat dipelajari. Buku-buku di dalam siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini sesuai digunakan di sekolah dan di rumah.

 

 

Spesifikasi:

Bahasa:                       Bahasa Malaysia

Jenis kulit buku:          Lembut

Saiz buku:                   330mm (L) x 460mm (T)

[13” (L) x 18” (T)]

Bilangan muka surat:  16

Berwarna

Jilidan pin

ISBN:                           978-967-317-404-1

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “LEGENDA MAHSURI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *