LOBAK PUTIH GERGASI

Category:

Description

 

Deskripsi Produk:

Pembaca dari semua lapisan umur pasti seronok membaca kisah lucu si petani dengan lobak putih gergasinya. Dia sangat suka makan lobak putih. Seluruh kebunnya ditanam dengan lobak putih. Salah satu daripada lobak putih itu tumbuh menjadi lobak putih gergasi. Akar lobak putih gergasi itu sangat dalam dan lobak putih gergasi itu tidak dapat dicabut dengan mudah. Isteri petani dan kemudiannya ahli keluarga yang lain datang untuk membantu si petani mencabut lobak putih gergasi itu. Akhirnya, mereka berjaya mencabut lobak putih gergasi itu. Kini, terdapat banyak makanan untuk semua orang … selama bertahun-tahun!

 

Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku memperkenalkan beberapa cerita dongeng terkenal dunia kepada pembaca muda. Setiap cerita telah ditulis dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah. Perkataan-perkataan pula dipilih dengan teliti agar kanak-kanak dapat memperkayakan kosa kata mereka. Teks dicetak dalam saiz yang besar bagi memudahkan pembacaan. Ilustrasi menarik dan penuh warna turut disertakan bagi merangsang imaginasi. Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku sesuai untuk kegunaan di rumah dan di sekolah.

 

 

Spesifikasi:

Bahasa:                       Bahasa Malaysia

Jenis kulit buku:          Lembut

Saiz buku:                   330mm (L) x 460mm (T)

[13” (L) x 18” (T)]

Bilangan muka surat:  16

Berwarna

Jilidan pin

ISBN:                           978-967-317-420-1

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “LOBAK PUTIH GERGASI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *