PAK BELALANG YANG BIJAK

Category:

Description

 

Deskripsi Produk:

Kisah lucu Pak Belalang, seorang petani miskin yang membantu Sultan ialah salah satu dongengan Malaysia yang paling diminati. Pembaca dari segenap lapisan umur akan berasa seronok membaca kisah Pak Belalang yang menggunakan helah licik untuk mendapatkan sedikit makanan daripada jirannya. Apabila helahnya menyebabkan dia dipanggil Sultan, Pak Belalang kerisauan. Ketahuilah bagaimana akhirnya beberapa keping lempeng dan suratan takdir mendatangkan keuntungan kepadanya dan keluarganya.

 

Siri bacaan pra-sekolah Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini memperkenalkan cerita-cerita dongeng Malaysia yang popular agar kanak-kanak dapat memupuk minat membaca serta mempertingkatkan perbendaharaan kata. Suku kata juga diberi sebagai panduan untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. Cerita-cerita ini juga menyampaikan pengajaran yang dapat dipelajari. Buku-buku di dalam siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini sesuai digunakan di sekolah dan di rumah.

 

 

Spesifikasi:

Bahasa:                       Bahasa Malaysia

Jenis kulit buku:          Lembut

Saiz buku:                   330mm (L) x 460mm (T)

[13” (L) x 18” (T)]

Bilangan muka surat:  16

Berwarna

Jilidan pin

ISBN:                           978-967-317-409-6

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PAK BELALANG YANG BIJAK”

Your email address will not be published. Required fields are marked *