PENIUP SERULING DI GUNUNG PANTI

Category:

Description

 

Deskripsi Produk:

Cerita yang menarik ini mengisahkan seorang budak lelaki bernama Nadim yang menjadi peniup seruling misteri di Gunung Panti. Nadim dilahirkan dengan kaki yang lemah dan kanak-kanak lain tidak henti-henti mempersendakan kecacatannya. Hanya ibu bapa dan kakaknya yang melayannya dengan baik. Nadim menemukan ketenangan dalam satu perkara yang disukainya: meniup serulingnya. Tetapi apabila kenikmatan itu pun dihancurkan oleh kanak-kanak lain, Nadim memutuskan untuk meninggalkan kampungnya buat selama-lamanya.

 

Siri bacaan pra-sekolah Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini memperkenalkan cerita-cerita dongeng Malaysia yang popular agar kanak-kanak dapat memupuk minat membaca serta mempertingkatkan perbendaharaan kata. Suku kata juga diberi sebagai panduan untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. Cerita-cerita ini juga menyampaikan pengajaran yang dapat dipelajari. Buku-buku di dalam siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini sesuai digunakan di sekolah dan di rumah.

 

 

Spesifikasi:

Bahasa:                       Bahasa Malaysia

Jenis kulit buku:          Lembut

Saiz buku:                   330mm (L) x 460mm (T)

[13” (L) x 18” (T)]

Bilangan muka surat:  16

Berwarna

Jilidan pin

ISBN:                           978-967-317-407-2

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PENIUP SERULING DI GUNUNG PANTI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *