PINOCCHIO

Category:

Description

Deskripsi Produk:

Pembaca dari segenap lapisan umur akan menikmati cerita tentang boneka kayu yang hidup ini. Seorang tukang mainan bernama Geppetto telah mengukir boneka itu daripada kayu ajaib. Dia hairan apabila boneka itu mulai berjalan dan bercakap. Geppetto menamakan boneka itu Pinocchio. Dia menyuruh Pinocchio pergi ke sekolah untuk mempelajari cara menjadi baik. Dalam perjalanan ke sekolah, banyak yang ditempuhi oleh Pinocchio. Boneka itu kemudian menyedari kepentingan bercakap benar. Akhirnya, Pinocchio menyelamatkan Geppetto daripada perut seekor ikan paus.

 

Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku memperkenalkan beberapa cerita dongeng terkenal dunia kepada pembaca muda. Setiap cerita telah ditulis dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah. Perkataan-perkataan pula dipilih dengan teliti agar kanak-kanak dapat memperkayakan kosa kata mereka. Teks dicetak dalam saiz yang besar bagi memudahkan pembacaan. Ilustrasi menarik dan penuh warna turut disertakan bagi merangsang imaginasi. Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku sesuai untuk kegunaan di rumah dan di sekolah.

 

 

Spesifikasi:

Bahasa:                       Bahasa Malaysia

Jenis kulit buku:          Lembut

Saiz buku:                   330mm (L) x 460mm (T)

[13” (L) x 18” (T)]

Bilangan muka surat:  16

Berwarna

Jilidan pin

ISBN:                           978-967-317-418-8

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PINOCCHIO”

Your email address will not be published. Required fields are marked *