PUTERI BUKIT PAYUNG

Category:

Description

eskripsi Produk:

Pembaca muda dan tua akan menyukai cerita menarik dari Terengganu ini. Pak Utih, seorang petani dan isterinya, Mak Siti bekerja keras di sawah untuk mencari rezeki. Mereka bimbang akan anak mereka yang akan berkahwin tidak lama lagi. Adakah mereka memiliki cukup wang untuk jamuan perkahwinan? Seorang puteri yang cantik dan penuh misteri muncul dan memenuhi hajat mereka. Ketahuilah apa yang terjadi apabila penduduk kampung mula bersikap acuh tak acuh terhadap pemberian Puteri Bukit Payung.

 

Siri bacaan pra-sekolah Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini memperkenalkan cerita-cerita dongeng Malaysia yang popular agar kanak-kanak dapat memupuk minat membaca serta mempertingkatkan perbendaharaan kata. Suku kata juga diberi sebagai panduan untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. Cerita-cerita ini juga menyampaikan pengajaran yang dapat dipelajari. Buku-buku di dalam siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini sesuai digunakan di sekolah dan di rumah.

 

 

Spesifikasi:

Bahasa:                       Bahasa Malaysia

Jenis kulit buku:          Lembut

Saiz buku:                   330mm (L) x 460mm (T)

[13” (L) x 18” (T)]

Bilangan muka surat:  16

Berwarna

Jilidan pin

ISBN:                           978-967-317-408-9

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PUTERI BUKIT PAYUNG”

Your email address will not be published. Required fields are marked *