Super Skills Ulang Kaji UPSR

Category:

Description

Super Skills Ulang Kaji UPSR dipersembahkan dalam reka bentuk trend paling kini, berwarna-warni lagi meriangkan seperti yang diperlukan oleh murid hari ini. Yang paling utamanya, inilah satu-satunya siri yang penyediakan kandungan yang paling segar dan terkini di pasaran kerana diolah baharu, khusus untuk keperluan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara total, baik dari segi notanya mahupun dari segi praktis dan pentaksiran yang disediakan.

Setiap nota dan praktis direncanakan oleh panel pengarang yang hebat berwibawa, yang telah mengikuti kursus tentang UPSR, yang mahir tentang format UPSR, yang menjadi penyemak kertas UPSR, serta yang mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam pengajaran. Setiap fakta dan kata kunci dicetak berwarna serta disokong oleh bahan grafik supaya menarik, mudah difahami, dan mudah diingati oleh murid.

Siri ini benar-benar menjurus ke arah membantu calon-calon UPSR menguasai pelajaran di Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 serta mencuba latih tubi soalan-soalan yang berformat dan berpiawai UPSR dengan secukupnya. Hal ini penting sebagai persediaan mantap calon sebelum menduduki peperiksaan serta sebagai strategi memperoleh kecemerlangan dalam UPSR.

Justeru, keberkesanan buku ini sebagai pegangan untuk results cemerlang patut diyakini. Sebagai nilai tambah dan memenuhi keperluan terkini, konsep pembelajaran kentekstual turut diterapkan melalui KBAT dan i-Think.

 

Details

Series Super Skills Ulang Kaji UPSR
Level Year 4, Year 5, Year 6, UPSR
Type Revision Book
Year 2017

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Super Skills Ulang Kaji UPSR”

Your email address will not be published. Required fields are marked *