TIGA EKOR KAMBING GRUFF

Category:

Description

 

Deskripsi Produk:

Kanak-kanak daripada segenap lapisan umur akan menyukai kisah tiga ekor kambing yang bekerjasama untuk menewaskan troll yang jahat. Troll itu tinggal di bawah sebuah jambatan dan suka memakan haiwan yang menyeberangi jambatan itu. Pembaca muda akan belajar bahawa orang yang tamak sering hilang pertimbangan mereka. Akhirnya, troll itu dikalahkan dan haiwan-haiwan tidak diganggu oleh troll itu lagi.

 

Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku memperkenalkan beberapa cerita dongeng terkenal dunia kepada pembaca muda. Setiap cerita telah ditulis dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah. Perkataan-perkataan pula dipilih dengan teliti agar kanak-kanak dapat memperkayakan kosa kata mereka. Teks dicetak dalam saiz yang besar bagi memudahkan pembacaan. Ilustrasi menarik dan penuh warna turut disertakan bagi merangsang imaginasi. Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku sesuai untuk kegunaan di rumah dan di sekolah.

 

 

Spesifikasi:

Bahasa:                       Bahasa Malaysia

Jenis kulit buku:          Lembut

Saiz buku:                   330mm (L) x 460mm (T)

[13” (L) x 18” (T)]

Bilangan muka surat:  16

Berwarna

Jilidan pin

ISBN:                           978-967-317-419-5

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TIGA EKOR KAMBING GRUFF”

Your email address will not be published. Required fields are marked *