Description
eskripsi Produk:
Kanak-kanak daripada segenap lapisan umur akan berasa seronok membaca cerita mengenai seorang tukang kasut tua dan para pembantunya. Pada mulanya, tukang kasut berasa hairan apabila dia mendapati kasut baru siap dijahit di bengkelnya setiap pagi. Dia menjual kasut-kasut itu dan mendapat wang yang banyak. Dengan bantuan isterinya, mereka mendapat tahu bahawa para pembantu mereka ialah dua bunian. Baca dan ketahuilah kesudahan cerita ini.
Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku memperkenalkan beberapa cerita dongeng terkenal dunia kepada pembaca muda. Setiap cerita telah ditulis dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah. Perkataan-perkataan pula dipilih dengan teliti agar kanak-kanak dapat memperkayakan kosa kata mereka. Teks dicetak dalam saiz yang besar bagi memudahkan pembacaan. Ilustrasi menarik dan penuh warna turut disertakan bagi merangsang imaginasi. Siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Kesukaanku sesuai untuk kegunaan di rumah dan di sekolah.
Spesifikasi:
Bahasa: Bahasa Malaysia
Jenis kulit buku: Lembut
Saiz buku: 330mm (L) x 460mm (T)
[13” (L) x 18” (T)]
Bilangan muka surat: 16
Berwarna
Jilidan pin
ISBN: 978-967-317-423-2
Reviews
There are no reviews yet.