Description
Deskripsi Produk:
Cerita mengenai Hang Tuah, salah seorang wira terhebat Malaysia, akan disukai pembaca dari segenap lapisan umur. Hang Tuah ialah anak desa yang menjadi pakar silat, iaitu seni mempertahankan diri orang Melayu. Dengan sahabatnya, Hang Jebat, dia menjadi pengawal Sultan Melaka. Kemahiran Hang Tuah diuji oleh Raja Majapahit. Akhirnya, dia berjaya merampas keris Taming Sari, dan ini memungkinkan perkahwinan antara Sultan Melaka dan Puteri Majapahit.
Siri bacaan pra-sekolah Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini memperkenalkan cerita-cerita dongeng Malaysia yang popular agar kanak-kanak dapat memupuk minat membaca serta mempertingkatkan perbendaharaan kata. Suku kata juga diberi sebagai panduan untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. Cerita-cerita ini juga menyampaikan pengajaran yang dapat dipelajari. Buku-buku di dalam siri Buku Gergasi Cerita Dongeng Malaysia ini sesuai digunakan di sekolah dan di rumah.
Spesifikasi:
Bahasa: Bahasa Malaysia
Jenis kulit buku: Lembut
Saiz buku: 330mm (L) x 460mm (T)
[13” (L) x 18” (T)]
Bilangan muka surat: 16
Berwarna
Jilidan pin
ISBN: 978-967-317-406-5
Reviews
There are no reviews yet.